Saturday, May 8, 2010

Rasengan....





Hahaha... mesti ramai yang tahu mengenai 'Rasengan'. Pada masa kini, tiada siapa yang tidak kenal Naruto, seorang ninja yang nakal dan suka menimbulkan masalah tetapi dia juga seorang yang baik hati dan berjiwa tabah demi melindungi rakan-rakan dan kampung dia.

Orait... kali nie Joe tidak ingin menceritakan bagaimana perjalanan si Naruto nie kerana semua orang sudah tahu mengenainya. Tetapi apa yang Joe ingin kongsi hari nie adalah Naruto Shippuden Movie 3 : Inheritors of the Will of Fire.

Inheritors of the Will of Fire ini bermaksud perjuang-perjuang yang memperjuangkan semangat Api (merujuk kepada semangat perpaduan ninja di Hidden Fire Village / kampung konoha). Kisah movie ketiga ini adalah mengenai potensi berlakunya perang dunia ninja ke-4 apabila ninja yang mempunyai Kekkei Genkai (ninja yang mewarisi genetik bloodline limit dalam puak yang tertentu yang boleh menghasilkan teknik yang tidak boleh dipelajari oleh ninja lain seperti mata Sharingan milik Sasuke dan Kakashi-sensei) dari Komogakure, Iwagakure, Kirigakure dan Sunagakure hilang seorang demi seorang. Jadi, hanya tinggal Konohagakure yang belum diapa-apakan dan ini telah menyebabkan kampung konoha menjadi suspek utama kehilangan orang-orang mempunyai bloodline limit. Hokage Tsunade telah berusaha menjelaskan segalanya tetapi malangnya pemerintah bersatu tidak menghiraukan penjelasan Hokage dan memutuskan akan menyerang dan menghapuskan kampung konoha demi keamanan dunia ninja.


Punca sebenarnya semua huru hara ini adalah disebabkan oleh seorang ninja yang hilang suatu ketika dulu dari kampung konoha, Hiruko. Beliau dulunya adalah sahabat baik 3 orang sanin, Oorochimaru, Tsunade dan Jiraiya. Dia seorang yang agak lemah dari banyak aspek ilmu ninja dan menceburui kebolehan yang ada pada 3 sanin tersebut. Suatu hari, Hiruko menghilangkan diri selepas kajian dia mengenai teknik Chimera (Chimera ini adalah bermaksud menghasilkan suatu benda hidup yang berkebolehan dengan kuasa yang misteri). Teknik Chimera nie boleh memberikan Hiruko berkebolehan menyerap Chakra dan Kekkei Genkai ke dalam badannya. Hiruko bersembunyi di Gunung Shami dan ditemani dengan 3 orang ninja iaitu Ichi, Ni dan San. Dengan menggunakan Genjutsu, Hiruko mengumumkan yang dia akan mengambil kekkei genkai yang terakhir di kampung konoha untuk menjadi ninja tiada tandingan. Kekkei genkai yang terakhir yang dimaksudkan adalah mata Sharingan milik Kakashi-sensei.

Hiruko sebenarnya memerlukan pada masa yang tertentu untuk mengambil alih kekkei genkai ke dalam badan dia, iaitu dia memerlukan gerhana matahari untuk melengkapkan ninjutsu dia. Hiruko amat memerlukan mata Sharingan milik Kakashi-sensei dan dia sanggup buat apa saja demi mencapai matlamat dia. Dalam kesuntukkan masa, Naruto dan Sakura bergegas pergi mengekori dan menyelamatkan Kakashi-sensei. Oleh sebab tindakan Naruto dan Sakura, Hokage Tsunade telah mengarahkan Shikamaru mengumpul sekumpulan ninja untuk memburu dan membawa Naruto dan Sakura balik. Shikamaru mengkumpulkan semua ninja satu kelas dengan dia, Naruto dan Sakura. Manakala Sai secara senyap-senyap mengekori mereka dari belakang untuk menolong Naruto dan Sakura.

Naruto Shippuden Movie 3 nie patut ditonton kerana ianya berlainan dengan movie-movie naruto yang sebelum nie... selamat menonton....

No comments:

Post a Comment