Saturday, May 8, 2010

Rasengan....





Hahaha... mesti ramai yang tahu mengenai 'Rasengan'. Pada masa kini, tiada siapa yang tidak kenal Naruto, seorang ninja yang nakal dan suka menimbulkan masalah tetapi dia juga seorang yang baik hati dan berjiwa tabah demi melindungi rakan-rakan dan kampung dia.

Orait... kali nie Joe tidak ingin menceritakan bagaimana perjalanan si Naruto nie kerana semua orang sudah tahu mengenainya. Tetapi apa yang Joe ingin kongsi hari nie adalah Naruto Shippuden Movie 3 : Inheritors of the Will of Fire.

Inheritors of the Will of Fire ini bermaksud perjuang-perjuang yang memperjuangkan semangat Api (merujuk kepada semangat perpaduan ninja di Hidden Fire Village / kampung konoha). Kisah movie ketiga ini adalah mengenai potensi berlakunya perang dunia ninja ke-4 apabila ninja yang mempunyai Kekkei Genkai (ninja yang mewarisi genetik bloodline limit dalam puak yang tertentu yang boleh menghasilkan teknik yang tidak boleh dipelajari oleh ninja lain seperti mata Sharingan milik Sasuke dan Kakashi-sensei) dari Komogakure, Iwagakure, Kirigakure dan Sunagakure hilang seorang demi seorang. Jadi, hanya tinggal Konohagakure yang belum diapa-apakan dan ini telah menyebabkan kampung konoha menjadi suspek utama kehilangan orang-orang mempunyai bloodline limit. Hokage Tsunade telah berusaha menjelaskan segalanya tetapi malangnya pemerintah bersatu tidak menghiraukan penjelasan Hokage dan memutuskan akan menyerang dan menghapuskan kampung konoha demi keamanan dunia ninja.


Punca sebenarnya semua huru hara ini adalah disebabkan oleh seorang ninja yang hilang suatu ketika dulu dari kampung konoha, Hiruko. Beliau dulunya adalah sahabat baik 3 orang sanin, Oorochimaru, Tsunade dan Jiraiya. Dia seorang yang agak lemah dari banyak aspek ilmu ninja dan menceburui kebolehan yang ada pada 3 sanin tersebut. Suatu hari, Hiruko menghilangkan diri selepas kajian dia mengenai teknik Chimera (Chimera ini adalah bermaksud menghasilkan suatu benda hidup yang berkebolehan dengan kuasa yang misteri). Teknik Chimera nie boleh memberikan Hiruko berkebolehan menyerap Chakra dan Kekkei Genkai ke dalam badannya. Hiruko bersembunyi di Gunung Shami dan ditemani dengan 3 orang ninja iaitu Ichi, Ni dan San. Dengan menggunakan Genjutsu, Hiruko mengumumkan yang dia akan mengambil kekkei genkai yang terakhir di kampung konoha untuk menjadi ninja tiada tandingan. Kekkei genkai yang terakhir yang dimaksudkan adalah mata Sharingan milik Kakashi-sensei.

Hiruko sebenarnya memerlukan pada masa yang tertentu untuk mengambil alih kekkei genkai ke dalam badan dia, iaitu dia memerlukan gerhana matahari untuk melengkapkan ninjutsu dia. Hiruko amat memerlukan mata Sharingan milik Kakashi-sensei dan dia sanggup buat apa saja demi mencapai matlamat dia. Dalam kesuntukkan masa, Naruto dan Sakura bergegas pergi mengekori dan menyelamatkan Kakashi-sensei. Oleh sebab tindakan Naruto dan Sakura, Hokage Tsunade telah mengarahkan Shikamaru mengumpul sekumpulan ninja untuk memburu dan membawa Naruto dan Sakura balik. Shikamaru mengkumpulkan semua ninja satu kelas dengan dia, Naruto dan Sakura. Manakala Sai secara senyap-senyap mengekori mereka dari belakang untuk menolong Naruto dan Sakura.

Naruto Shippuden Movie 3 nie patut ditonton kerana ianya berlainan dengan movie-movie naruto yang sebelum nie... selamat menonton....

Saturday, May 1, 2010

Special For Dragon Ball Fan...

Mungkin tak ramai yang mengetahui mengenai Movie Special nie. Boleh dikatakan ini adalah bahagian atau movie yang terakhir daripada siri Dragon Ball iaitu Dragon Ball GT : A Hero's Legacy.

Kisah ini bermula beberapa tahun kemudian selepas tamatnya peperangan Goku dalam siri Dragon Ball GT. Ini mengisahkan Cucu kepada Pan (Pan adalah cucu kepada SonGoku dan anak kepada SonGohan) yang bernama Goku Jr. Rupa dia macam SonGoku tapi dia tidaklah seaktif Goku yang suka berlatih seni pertahanan diri. Sebaliknya Goku Jr. nie lebih bersikap seperti budak-budak yang lain yang suka bemain dan bersekolah.

Suatu hari, Pan, nenek Goku Jr. jatuh sakit dan Pan juga satu-satunya ahli keluarga yang tinggal. Goku Jr. sangat sedih dan dia berjanji nak berlatih bersungguh-sungguh supaya menjadi hebat seperti SonGoku. Goku Jr. teringat kata-kata Pan yang menceritakan mengenai Dragon Ball. Goku Jr. nie bukan selemah seperti disangkakan, dia mewarisi kuasa sama seperti SonGohan, mempunyai kuasa dalaman yang terpendam dan hanya pada keadaan tertentu bru la Goku Jr. tersedar dan dapat gunakan kuasa tersebut.

Bawah nie adalah video Dragon Ball GT: A Hero's Legacy... susah payah joe mengorek dalam internet dan akhirnya bru Joe dapat download.

video


= Dragan Ball KAI =


Joe pasti, beberapa tahun lepas, semua peminat Dragon Ball, tidak kira umur dan bangsa, setiap hujung minggu pasti menunggu di depan TV pada jam 9 pagi untuk menonton Dragon Ball... betul tak......


Kali nie Joe ingin kongsikan update terbaru mengenai Dragon Ball. Bagi peminat DG yang pernah baca komik / manga DG dan juga menonton anime DG di TV atau dvd, mesti mendapati anime DG ada sedikit berbeza dengan komik / manga dia, betulkan... kali nie, pada Febuari 2009, Toei Animation telah mengumumkan bahawa syarikat mereka akan mengeluarkan siri DG. DG nie bukan ditayang semula semata-mata, malah quality anime-nya telah ditambah-baik (upgrade) supaya bersesuaian dengan HDTV. Bukan itu sahaja, Toei Animation membuat remake DG bermula dari Dragon Ball Z iaitu kisahnya bermula dengan Goku dan Zhizhi telah mendapat cahaya mata yang pertama, Son Gohan dan juga ketibaan abg Goku ke bumi. Syarikat animasi ini juga membuat sedikit audit dan edit supaya anime DG Kai nie lebih mengikuti siri komik / manga dan bahagian-bahagian episode tambahan yang tidak berkenaan tidak dimasukkan dalam siri DG Kai.


DG Kai mula ditayangkan di Jepun pada April 2009 dan sehingga kini masih lagi menayangkan siri DG Kai. Bagi sesiapa yang minat sangat dengan DG... Haruslah menonton DG Kai dan Joe pasti kawan-kawan akan berpuas hati. Joe juga difahamkan (tapi sumber nie masih belum disahkan oleh Joe sendiri), DVD DG Kai boleh didapati di pasaran, di kedai-kedai CD yang utama. Hingga hari nie, DG Kai yang telah ditayangkan adalah sebanyak 54 episode dan ianya masih berterusan.


Sekiranya anda ingin download sendiri episode DG Kai, kawan-kawan boleh search di Google atau Yahoo search engine. Dan juga boleh didapati di beberapa website anime seperti Bleach dan sebagainya. hehehe.... Selamat menonton...