Friday, April 30, 2010

Kamen Rider G (video)

Video Kamen Rider G.... Enjoy...



video

Have a Taste of my mix EviL and Justice Flavors:: Kamen RIder G


Kamen Rider G merupakan filem pendek 15 minit untuk meraikan ulang tahun Kamen Rider era Heisei ke-10. KR G nie dilakonkan oleh salah seorang penyanyi dari kumpalan SMAP, yang merupakan penyanyi yang sama menyanyikan lagu OST KR Decade.

Goro, seorang peminat wine yang telah ditangkap dan remodel menjadi KR G untuk bekerja dengan anti-terrorism unit Shade. Fikiran Goro telah dicuci dan dia telah dijadikan sebagai supersoilder Shade. Namun, pencipta Shade, Seizan Tokugawa telah ditahan oleh kerajaan kerana beliau telah menyalahgunakan teknologi yang sedia ada. Maka supersoilder Shade yang masih hidup telah berkumpul secara underground dan menawan satu bangunan dengan orang di dalamnya dijadikan sebagai tawanan dan tebusan untuk pembebasan pencipta Shade.


Pada yang masa, TV Asahi sedang merakam dan menyiarkan rancangan memasak. Ketua supersoilder Shade, Daido Oda telah mengarahkan supersoilder unit no. 5, Goro untuk menyampaikan permintaan mereka untuk membebaskan pencipta mereka, Seizan Tokugawa. Eri Hyuga, pengacara rancangan memasak dan juga teman wanita Goro, terkejut apabila bertemu dengan Goro merupakan salah seorang pengganas tersebut. Eri mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan Goro, lalu dia meminta Goro merasa Wine kegemaran Goro sebelum Eri ditarik oleh pengganas yang lain.


Setelah merasa Wine tersebut, Goro telah mendapat semula ingatannya dan dia ingin menyelamatkan Eri daripada pengganas yang lain. Dalam perjalanan keluar, mereka bertembung dengan ketua pengganas, Daido dan tiada jalan selain melawan mereka. Goro pada mulanya tidak ingin menggunakan kuasa yang ada pada dirinya, tapi demi ingin menyelamatkan semua orang, dia pun berubah menjadi Kamen Rider G dengan botol wine yang tertulis codename dia, G.


Rider System KR G adalah belt yang berbentuk membuka botol wine dan sebotol wine kecil yang tertulis huruf G dan tahun 1979. Tagline KR G sebelum Henshin adalah :: "Now my Vintage is at its Luxurious.... Henshin!!" Cara pertukaran KR G hampir menyerupai KR 555 (Faiz). KR G turut dilengkapi dengan Corkscrew Knife dan Sommelier Knife yang berbentuk G. Final Rider Attack KR G adalah Swirling Rider Kick di mana KR G akan menekan pembuka botol di belt dia lalu tenaga yang telah dicas akan disalurkan ke kakinya sama seperti KR 555.


Shade ini sebenarnya satu pertubuhan anti-terrorists untuk menangani masalah terrorists. Namun penciptanya, Seizan Tokugawa memulakan projek ujikaji badan manusia telah menyebabkan beliau ditahan dan dipenjarakan. Maka anak buah beliau yang lain berkumpul secara underground untuk menjalankan rancangan mengambil tebusan untuk membebaskan pencipta mereka.


Saturday, April 24, 2010

Kamen Rider Decade Part 02

Dalam bahagian kedua nie, Joe akan menerangkan serba sedikit mengenai KR yang muncul dalam siri KR Decade. Dalam siri KR Decade ini mempunyai 2 KR iaitu:

Kamen Rider Decade

Tsukasa Kadoya yang akan bertukar / Henshin kepada KR Decade. KR Decade boleh bertukar kepada KR yang sebelumnya selepas Tsukasa berjaya mendapatkan kad pertukaran bagi KR yang berkenaan. Selain itu, KR Decade juga berupaya menukarkan KR yang lain kepada bentuk Final Form Rider. Setiap KR mempunyai bentuk masing-masing dan ini hanya berkesan kepada KR dalam era Heisei. Tsukasa dilengkapi dengan Decadriver (berbentuk tali pinggang / Belt), Ride Booker dan Rider Card. Setiap kali Tsukasa / KR Decade mendapat kepercayaan daripada 9 KR dalam era Heisei (dari KR Kuuga hingga KR Kiva) barulah KR Decade boleh menggunakan kuasa KR tersebut.

Decadriver, Ride Booker dan Rider Card

Berikut adalah Final Form Ride Card yang diperoleh daripada 9 KR era Heisei:
  • KR Kuuga - Kuuga Gourom : Kuuga akan ditukar menjadi makhluk berupa Gourom yang boleh memberikan Kuuga kelebihan untuk terbang.
  • KR Kiva - Kiva Arrow : KR Kiva akan ditukarkan kepada bentuk Kivat (rider syetem untuk KR Kiva) seperti Bow / Pemanah dan kaki Kiva yang berantai (the Seal Leg) akan dibuka dan Hell's Gate Leg akan menjadi anak panah.
  • KR Ryuki - Ryuki Dragreder : KR akan bertukar kepada naga yang sama bentuk dengan naga (Ryuki) yang telah membentuk penjanjian dengan KR Ryuki.
  • KR Blade - Blade Blade : KR Blade akan bertukar menjadi Blade yang besar dan sama dengan senjata pemusnah dan penyimpan kad Undead.
  • KR 555 (Faiz) - Faiz Blaster : KR 555 akan bertukar menjadi Blaster yang berupa bazooka yang besar.
  • KR Agito - Agito Tornado : KR Agito akan bertukar menjadi Hoverboard yang sama seperti Machine Tornador Slide Mode kepunyaan KR Agito.
  • KR Den-O - Super Momotaros : KR Den-O pada mulanya dalam Ride Card akan bertukar menjadi Denliner seperti dalam simpanan KR DiEnd tetapi Final Form Rider bagi KR Den-O terus berubah dari DenLiner kepada Momotaros / Super Momotaros (Momotaros sendiri yang mengelar diri dia sebegitu).
  • KR Kabuto - Kabuto Zector : KR Kabuto akan bertukar kepada Kabuto Zector iaitu sama dengan Zector yang digunakan oleh KR Kabuto untuk Henshin.
  • KR Hibiki - Hibiki Ongekiko : KR Hibiki akan bertukar menjadi pemukul dan Gegendang yang sama dengan Killer Move KR Hibiki.
Selain daripada kesembilan KR tersebut, KR DCD turut akan memperoleh Rider Card yang lain sekiranya KR DCD mendapat kepercayaan daripada KR yang lain.

Kamen Rider DiEnd

Seterusnya, KR DiEnd adalah rakan KR DCD dan beliau juga bertukar dengan menggunakan kad seperti KR DCD. Daiki Kaito adalah orang yang akan menggunakan Diendriver ( atau Transformation Loading Gun Diendriver) dan DiEnd turut mempunyai Rider Card. Beza Rider Card yang dimiliki DiEnd adalah DiEnd mempunyai semua Rider Card dari setiap siri KR (termasuk Dark Rider). Manakala KR DCD hanya mempunyai Rider Card bagi KR yang utama saja.

DiEndriver - KR DiEnd


The Final Kamen Terminal K-Touch

Dalam siri KR DCD, hanya KR Decade sahaja akan mempunyai bentuk tambahan dan lebih kuat iaitu KR Decade Complete Form (atau KR Decade Fury Form). Tsukasa akan menerima satu lagi Rider System iaitu The Final Kamen Terminal K-Touch dalam dunia Nega (Negative) World (dunia yang diduduki Dark Rider). Dengan K-Touch ini KR DCD dapat berubah / Henshin yang lebih kuat iaitu KR Decade Complete Form dan dilengkapi dengan Ride Booker Sword Mode. Dengan ini, KR Decade boleh menyeru 9 KR yang lain tetapi dalam bentuk Final Kamen Rider, iaitu:
  1. Survive : KR Ryuki dalam bentuk Survive Mode yang dilengkapi dengan Drag Visor-Zwei.
  2. Blaster : KR 555 dalam bentuk KR Faiz Blaster Form yang dilengkapi dengan Faiz Blaster.
  3. Hyper : KR Kabuto dalam bentuk KR Kabuto Hyper Form yang dilengkapi dengan Perfect Zector.
  4. Emperor : KR Kiva dalam bentuk KR Kiva Emperor Form yang dilengkapi dengan Zanvat Sword.
  5. Armed : KR Hibiki dalam bentuk KR Armed Hibiki yang dilengkapi dengan Armed Saber.
  6. Liner : KR Den-O dalam bentuk KR Den-O Liner Form yang dilengkapi dengan DenKamen Sword.
  7. King : KR Blade dalam bentuk KR Blade King Form yang dilengkapi dengan King Rouzer.
  8. Shinning : KR Agito dalam bentuk KR Agito Shinning Form yang dilengkapi dengan Shinning Caliber.
KR Decade Complete Form

KR Kuuga Rising Ultimate

Namun begitu, bentuk terakhir untuk KR Kuuga tidak dimasukkan sekali kerana KR Kuuga mempunyai bentuk yang baru iaitu Rising Ultimate di mana ini adalah kali pertama ianya muncul dalam siri KR Decade dan tiada di dalam siri KR Kuuga.

Friday, April 23, 2010

Kamen Rider Decade Part 01


Kamen Rider Decade merupakan KR yang ke sepuluh dalam Era Heisei. KR ini diberi nama Decade kerana nie adalah ulang tahun ke-10 dalam Era Heisei. KR ini tidak seperti KR dalam Showa Era iaitu bermotifkan serangga. KR Decade (KR DCD) ini menggunakan kad untuk bertukar dan melawan raksasa-raksasa. Dalam siri KR sebelum KR DCD, sertiap KR akan melawan raksasa yang mempunyai jenis atau puak yang tersendiri. Contohnya, dalam siri KR 555, KR melawan puak raksasa Orphnoch / New Human; dalam KR Den-O, KR melawan puak raksasa Imagin, dalam KR Kiva, KR melawan puak raksasa Fangire dan begitu la yang seterusnya.

Dalam siri KR DCD ini, Tsukasa Kadoya yang akan bertukar / Henshin menjadi KR DCD. Dia turut dibantu Natsumi Hikari dan datuknya, Eijiro Hikari. Mereka bertiga ini tinggal bersama di sebuah kedai gambar, Hikari Photo Studio. Dalam episod 2 dan 3, KR Kuuga atau Yusuke Odonera dari dunia KR Kuuga turut menyertai kumpulan KR DCD kerena dia percaya yang Tsukasa bukan seorang pemusnah. Dan ahli yang terakhir menyertai Kumpulan Tsukasa adalah Kiva-la, kelawar mekenikal warna putih dan kecil. Kiva-la juga pengintip bagi pihak Narutaki. Tsukasa dan kumpulan dia akan menjelajah KR Worlds di mana setiap KR mempunyai dunia mereka sendiri dan Tsukasa (dan kumpulannya) akan pergi menjelajah dunia KR lain dengan kain latar di studio tersebut. Setiap gambar pada kain latar itu merujuk kepada dunia-dunia KR masing-masing.


"Destroy Everything, Connect Everything"... itu adalah tagline yang dikaitkan dengan KR DCD. Semua KR dari dunia lain telah dimaklumkan oleh seorang peramal dan seorang yang misteri, Narutaki telah menyampaikan khabar yang KR DCD ini merupakan seorang pemusnah dan perlu dihapuskan sekiranya ingin selamatkan dunia KR masing-masing. Dalam siri KR DCD, Tsukasa mesti berkenalan dan kadang-kadang perlu berlawan dengan KR dari dunia lain sebelum dia dapat menggunakan kuasa KR yang lain. KR DCD nie boleh menjelma kepada KR yang lain dan juga menggunakan kuasa mereka untuk menentang raksasa / kaijin yang muncul di dunia KR yang mereka jelajahi.


'Just a Kamen Rider passing through, remember that" adalah tagline Tsukasa bila dia ditanya siapakah dia sebenarnya. Perjalanan merentasi dunia-dunia KR selain daripada berkenalan dengan KR yang lain, misi utama mereka adalah untuk mencari dunia asal Tsukasa.






Bagi sesiapa yang berminat untuk menonton KR, Joe mencadangkan tontoni la KR Decade ini kerana sambil menghayati jalan cerita KR Decade, dalam siri ini turut memuatkan semua KR era Heisei sebelum Decade dan beberapa KR dari era Showa. Siri KR Decade hanya mengandungi 31 episod dan adalah digalakkan untuk menonton juga KR Decade movie yang lain kerana setiap movie dia adalah kesinambungan daripada siri KR DCD.

Nantikan bahagian kedua....

Thursday, April 22, 2010

Kamen Rider @ Masked Rider



Mesti ramai di kalangan kita semua, terutamanya pada zaman 80-an dan 90-an, mesti di antara kita masih ingat lagi kesatria Bajak Hitam dan RX. Joe percaya ramai yang terpengaruh dan terikut-ikut menggunakan sarung tangan kulit yang hujung dibahagian jari tidak bertutup untuk membawa motosikal, betul?

Kamen rider atau Masked Rider merupakan pejuang bertopeng yang menyelamatkan manusia daripada ancaman-ancaman raksasa. Tapi berapa ramai yang tau Kamen Rider yang pertama dicipta adalah yang mana satu? dan Kamen rider ini sejak bila mula disiarkan di tv Jepun? untuk pengenalan nie, Joe akan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Kamen Rider.

Kamen Rider mula disiarkan di Jepun adalah pada tahun 1971. Joe pernah buat small research, Joe cuba tanya kat kawan-kawan apa nama Kamen Rider yang pertama dihasilkan. Rata-rata yang mengatakan Kamen Rider Black atau lebih dikenali sebagai Kesatria Bajak Hitam. Jawapan yang betul adalah Kamen Rider No. 1. KR Black @ Kesatria Bajak Hitam ini merupakan watak yang ke-11 dalam siri KR. Secara amnya, KR ini terbahagi kepada 2 era, Showa era dan Heisei era.



Dalam Showa era, terdapat 12 KR yg telah dihasilkan iaitu:
  1. KR No. 1
  2. KR No. 2
  3. KR V3
  4. KR Riderman
  5. KR Stronger
  6. KR X
  7. KR Amazon
  8. KR Skyrider
  9. Super-1
  10. KR ZX (hanya muncul dalam movie tajuk 'The Birth of 10th: ZX's Special')
  11. KR Black
  12. KR Black RX
  13. KR Shin: Prolog (hanya muncul dalam movie tp tiada siri macam KR yang lain)
  14. KR ZO (hanya muncul dalam movie tp tiada siri macam KR yang lain)
  15. KR J (hanya muncul dalam movie tp tiada siri macam KR yang lain)

Dalam Heisei era ada:
  1. KR Kuuga
  2. KR Agito
  3. KR Ryuki
  4. KR 555
  5. KR Blade
  6. KR Hibiki
  7. KR Kabuto
  8. KR Den-O
  9. KR Kiva
  10. KR Decade
  11. KR W (W disebut sebagai Double)

Ini adalah ringkasan mengenai senarai Kamen Rider (KR). Nanti Joe akan update lagi mengenai Kamen Rider yang ada dalam Koleksi Joe iaitu Kamen Rider Decade dan Kamen Rider W. Joe juga akan buat preview mengenai Kamen Rider Movie yang Joe sudah tonton dan download... hehehe....


Wednesday, April 21, 2010

Pengenalan Hobi dan Minat




Untuk pengenalan bagi bahagian Hobi dan Minat, Joe ingin menceritakan serba sedikit mengenai apa hobi dan minat joe.

Joe nie walaupun sudah tua (kata kawan-kawan dan juga family), tapi joe masih lagi minat membaca komik dan menonton kartun dan anime. kenapa joe minat semua nie? ini adalah disebabkan keadaan persekitaran ketika Joe membesar. dulu joe tak brapa sosial kuar main dengan kawan2 dan jiran2, joe biasanya d 'kurung' di rumah. Jadi, komik dan kartun la menjadi 'kawan' joe. dulu, joe masih ingat lagi, antara komik pertama joe baca adalah watak kegemaran semua orang iaitu Doraemon dan Dragon Ball.





Ini merupakan kali pertama joe membaca komik yang dipengaruh oleh jiran joe. lama-lama, industri komik nie mula berkembang di malaysia, ada banyak komik yg diterjemahkan kepada bahasa malaysia seperti Misteri Naga (watak utama dia Dai), Dr. Slump, Dewata Raya, Pendekar Laut, Dik Cerdas (shin chan) dan banyak lagi. selain itu, majalah-majalah seperti Ujang, Gila-gila dan Rileks turut bersaing dengan komik2 dr luar malaysia. Tak cukup dengan membaca Komik, Joe mula menonton kartun dan anime. zaman dulu kartun yg popular adalah seperti popeye the sailorman, looney toons, sailormoon dan sebagainya.







Sekarang, minat dan hobi Joe itu terus sebati dengan hidup joe. sampai hari ini joe masih membaca dan membeli komik; membeli, download dan menonton kartun dan anime. semua ini sudah menjadi sebahagian dari hidup joe.

Maka, tunggu la preview-preview komik dan anime pilihan hati joe. dan harap akan mendapat feed back dari kawan-kawan semua.

=sekian=




Tuesday, April 20, 2010

What a day...

hari nie merupakan hari yang agak penat bagi joe. pagi tadi joe lambat bangun sebab agak penat sikit selepas membawa seorang kawan dari KL jalan-jalan di Miri. Joe bangun dalam kul 10.00am dan joe bertolak dari Miri ke site Office dalam kul 11.30am.

joe sampai di site office dalam kul 01.15pm dan joe membuat kerja joe seperti biasa. pada mulanya joe nak duduk lama sikit di site tapi bila teringat yang Boss joe datang dari Kuching ada di Bintulu, joe kene balik awal untuk kemaskan kereta sikit kerana bersepah sikit. nanti apa la kata orang tua tu nanti kan...

lebih kurang dalam 07.30pm joe sampai di sebuah tempat makan, tempat untuk kami bertemu dengan Boss joe dan rakan-rakan kerja yang lain. lama juga si Boss nie ajak lepak, sampai mengatuk joe menunggu dia untuk katakan 'OK la, boleh balik tidur dan jumpa esok pagi'. walau bagaimanapun, yang bestnya Boss joe belanja makan malam dan juga supper. hehehe...

tak banyak yang joe nak cerita hari nie kerana Joe agak penat dan susah hendak berfikir mencari idea. tambahan pula esok pagi kena bangun awal kerana joe kene bawa boss joe ke site office di Suai, dan kemudian kena pecut balik ke Miri dan pecut balik semula ke Bintulu sebelum kul 6pm kerana Boss joe akan balik ke Kuching naik flight kul 7pm. erm... siap la Boss besok, joe bawa Hilux Vigo tu macam dalam crita Fast & Furious. wahahaha....

Monday, April 19, 2010

My New Gadget - Mainan baru Joe



Pada bulan Mac lepas, Joe telah berjaya membeli gadget yang telah lama diidamkan... iaitu Blackberry Strom II 9550. Joe sangat gembira sebab itulah smartphone yang pertama joe beli... tapi, pada itu Joe tak sedar yang Joe akan menhadapi masalah dengan BB storm II tu. BB Storm II 9550 adalah BB keluaran Verizon, iaitu sebuah brand yang mengeluarkan BB untuk negara US. dan hanya line telco US saja yang dapat 'unlock' segala sistem dalam phone tu... ini adalah apa yang dikatakan oleh kakak dan abang celcom.

nasib baik joe ada balik semula ke KL, iaitu ke Plaza Low Yatt... joe pergi balik ke kedai tpt joe beli BB tu... mereka tolong buat semuanya... akhirnya hanya ada satu line telco di malaysia nie boleh unlock sistem BB Storrm II 9550, iaitu Digi. nak tak nak, kena la Joe pakai digi walaupun line digi tak brapa bagus di Sarawak.

sebagai peringatan kepada kawan-kawan semua... kepada sesiapa di luar sana ingin memiliki Blackberry Smartphone, pastikan kawan-kawan beli Blackberry keluaran Vodafone or T-mobile supaya senang hendak memilih BB line provider daripada Telco pilihan kawan-kawan...

WELCOME TO MY PLACE


Selamat datang ke dunia jajahan joe... hahaha... blog ini direka khas untuk berkongsi pengalaman, hobi dan minat joe kepada semua.

blog nie adalah untuk bacaan umum... joe tidak akan memasukkan apa-apa material dan artikel yang berunsurkan politik, provokasi, memburuk-burukkan / mengutuk orang dan apa-apa bahan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati semua pihak...

sekian... selamat membaca dan tolong tinggalkan komen-komen anda....


-smile-smile-