Sunday, June 27, 2010

Henshin...!!!!



kali nie joe ingin kongsikan satu lagi Kamen Rider Movie 2010... 

(Sorry, nie saja pic yang dapat di godek2 dari internet)

KAMEN RIDER X KAMEN RIDER DECADE & W (DOUBLE) MOVIE 2010.

Movie KR kali nie adalah movie yang ketiga yang mengabungkan 2 siri KR dalam satu movie. Movie KRxKR Decade & W 2010 nie mengabungkan dua jalan cerita iaitu epilog siri KR Decade dan Prolog siri KR W.

KR Decade The Last Story - ianya mengisahkan bagaimana kehidupan KR Decade selepas episode 31 dalam sirinya. Menurut episode 31, KR Decade / Tsukasa tidak berjaya untuk menghentikan kemusnahan dan penggabungan dunia-dunia KR yang lain menjadi satu. ini telah menyebabkan Tsukasa bertindak sendirian dan melawan semua KR yang lain. KR yang kalah akan ditukarkan menjadi Rider Card. Decade bertembung dengan semua KR yang lain di mana KR yang lain ingin menghapuskan Decade kerana kewujudan dia adalah kemusnahan bagi semua KR. Namun, ada seorang perempuan ayu dan comel, Yuriko Misaki yang mengikuti Tsukasa dan dia bukan perempuan biasa. Ketika Tsukasa bertembung dengan Riotroopers, Yuriko Misaki menghalang Tsukasa untuk Henshin dan dia sendiri terus bertukar menjadi Electro-Wave Human Tackle untuk menentang Riotroopers. jika sesiapa pernah menonton siri KR Stronger, partner perempuan KR Stronger adalah Yuriko Misaki yang berubah menjadi Electro-Wave Human Tackle. Pada masa yang sama, Natsumi ingin menghentikan perbuatan Tsukasa tp Tsukasa bertindak untuk tidak mempedulikan nasihat Natsumi. Kiva-la muncul tiba-tiba dan memberi tawaran yang dia ingin membantu Natsumi untuk menyelamatkan dan menghentikan perbuatan Tsukasa. Natsumi bergabung tenaga dengan Kiva-la, maka muncul buat kali kedua dalam sejarah KR iaitu KR versi perempuan. Natsumi bertukar menjadi KR Kiva-la yang berwarna perak keputihan dan bersenjatakan Kiva-la Sabre. Natsumi mempunyai tiada pilihan lain selain melawan Tsukasa dan Tsukasa sengaja mengalahkan diri dan kalah di tangan Natsumi. Tsukasa memberi dek Rider Cards kepada Natsumi agar dia tidak melupakan dia. Eijiro (datuk Natsumi) telah melawat gerai yang tidak jauh dari Hikari Studio dan disitu beliau bertemu dengan Ryu, kawan lama Eijiro. Ryu nie adalah salah satu watak KR W yang menggunakan Gaia Memory Terror. penjaga gerai tersebut pula adalah Narutaki di mana Narutaki ingin mengembalikan memory Eijiro yang pernah bertukar menjadi Super Doctor Shinigami. Eijiro seperti dipaksa untuk berubah dan Narutaki turut menunjukkan diri beliau sebenar iaitu Colonel Zol. Colonel Zol dan Super Doctor Shinigami berpakat menghidupkan semula Neo Organism iaitu musuh kepada KR ZO. Apabila Natsumi teringat akan mereka tidak pernah mempunyai gambar Tsukasa, maka Natsumi, Daiki dan Yusuke berusaha untuk membaiki semula kamera Tsukasa yang telah rosak. walaupun berjaya, namun gambar itu tidak sempurna kerana bahagian kepala Tsukasa tidak jelas.   Namun, dengan memory daripada semua KR yang pernah berlawan dan berkawan dengan Tsukasa, perlahan-lahan Tsukasa kembali semula dan akhirnya Tsukasa berjaya dihidupkan semula. Dengan kebangkitan Tsukasa, maka bermulanya penentangan Tsukasa (Decade), Daiki (DiEnd), Natsumi (Kiva-la) dan Yusuke ( Kuuga) menentang Super Shocker. Dan juga 9 KR era Heisei turut datang membantu menentang Super Shocker.

(Kamen Rider Decade Complete Form)

(Kamen Rider Kiva-La)

Kamen Rider W: Begin Night - mengisahkan bagaiman Shoutaro menjadi KR W. Pada hari Xmas, Shoutaro tiba-tiba terkenang semula dengan kisah lampau mengenai mentornya, Sokichi Narumi (ayah kepada Akiko Narumi) ketika mereka ingin menjejaki Chosen Child. Shoutaro dan Philip tidak pernah melupakan pengorbanan Sokichi untuk menyelamatkan mereka berdua dan di saat itu juga mereka kali pertama menjadi KR W. identiti sebenar Sokichi adalah KR Skull dan beliau tidak suka menggunakan Gaia Memory untuk menyelesaikan kes misteri. Shotaro dikejutkan oleh Akiko daripada mimpinya dan pada saat itu mereka ingin menyambut perayaan Xmas. pada masa yang sama, datang seorang pelanggan yang meminta mereka untuk menyiasat mengenai misteri kemunculan orang yang sudah mati. pelanggan tersebut mengadu yang dia selalu ternampak kelibat kakaknya di mana kakaknya telah lama hilang dan diklasifikasi meninggal dalam kejadian kapal karam. Di situ Shotaro berdepan dengan Dopant yang menyamar sebagai Death dan juga berubah menjadi KR Skull menentang Shoutaro. Shoutaro tidak dapat menentang KR Skull kerana rasa hormatnya kepada mentornya sendiri. Akhirnya Shoutaro melawat ke tempat bekas kejadian letupan di sebuah pulau iaitu tempat yang sama Shoutaro bertemu dengan Philip (nama yang diberikan oleh Sokichi) dan tempat pengorbanan Sokichi. Shoutaro dikejutkan kehadiran Philip yang ingin memberi galakan supaya Shoutaro meneruskan hidupnya. Akhirnya, mereka berdua menentang Dopant - Death tp akhirnya misteri Dopant tu terlerai apabila Philip dan Shoutaro tau apa muslihat yang digunakan oleh Dopant tu, Dopant tu sebenarnya adalah Dummy yang boleh berubah kepada apa-apa bentuk yang diingininya. 

(Kamen Rider W)

   
(Kamen Rider Skull)

Movie War 2010: Apabila Decade menentang Super Shocker, Neo Organism telah menghasilkan satu mecha (robot) berbentuk Mammoth untuk menentang Decade. Decade berjaya mengelak serangan Mammoth dan beliau terus dikejar oleh Mammoth tersebut. Pada masa yang sama, ketika KR W mengejar Dopant Dummy, KR W tiba di tempat perlawanan Decade dengan Super Shocker dan KR W masih ingat yang mereka pernah menolong Decade ketika perjuangan menentang Dai Shocker. KR Decade dan KR bergabung menentang Neo Organism dengan KR W bergabung dengan Mammoth untuk menjatuhkan Super Crisis Frotress yang dikuasai oleh Neo Organism. Apabila KR W berjaya menjatuhkan Super Crisis Frotress, Neo Organism bergabung dengan Dopant Dummy untuk menjadi lebih kuat untuk menentang KR W dan KR Decade.

Saturday, May 8, 2010

Rasengan....





Hahaha... mesti ramai yang tahu mengenai 'Rasengan'. Pada masa kini, tiada siapa yang tidak kenal Naruto, seorang ninja yang nakal dan suka menimbulkan masalah tetapi dia juga seorang yang baik hati dan berjiwa tabah demi melindungi rakan-rakan dan kampung dia.

Orait... kali nie Joe tidak ingin menceritakan bagaimana perjalanan si Naruto nie kerana semua orang sudah tahu mengenainya. Tetapi apa yang Joe ingin kongsi hari nie adalah Naruto Shippuden Movie 3 : Inheritors of the Will of Fire.

Inheritors of the Will of Fire ini bermaksud perjuang-perjuang yang memperjuangkan semangat Api (merujuk kepada semangat perpaduan ninja di Hidden Fire Village / kampung konoha). Kisah movie ketiga ini adalah mengenai potensi berlakunya perang dunia ninja ke-4 apabila ninja yang mempunyai Kekkei Genkai (ninja yang mewarisi genetik bloodline limit dalam puak yang tertentu yang boleh menghasilkan teknik yang tidak boleh dipelajari oleh ninja lain seperti mata Sharingan milik Sasuke dan Kakashi-sensei) dari Komogakure, Iwagakure, Kirigakure dan Sunagakure hilang seorang demi seorang. Jadi, hanya tinggal Konohagakure yang belum diapa-apakan dan ini telah menyebabkan kampung konoha menjadi suspek utama kehilangan orang-orang mempunyai bloodline limit. Hokage Tsunade telah berusaha menjelaskan segalanya tetapi malangnya pemerintah bersatu tidak menghiraukan penjelasan Hokage dan memutuskan akan menyerang dan menghapuskan kampung konoha demi keamanan dunia ninja.


Punca sebenarnya semua huru hara ini adalah disebabkan oleh seorang ninja yang hilang suatu ketika dulu dari kampung konoha, Hiruko. Beliau dulunya adalah sahabat baik 3 orang sanin, Oorochimaru, Tsunade dan Jiraiya. Dia seorang yang agak lemah dari banyak aspek ilmu ninja dan menceburui kebolehan yang ada pada 3 sanin tersebut. Suatu hari, Hiruko menghilangkan diri selepas kajian dia mengenai teknik Chimera (Chimera ini adalah bermaksud menghasilkan suatu benda hidup yang berkebolehan dengan kuasa yang misteri). Teknik Chimera nie boleh memberikan Hiruko berkebolehan menyerap Chakra dan Kekkei Genkai ke dalam badannya. Hiruko bersembunyi di Gunung Shami dan ditemani dengan 3 orang ninja iaitu Ichi, Ni dan San. Dengan menggunakan Genjutsu, Hiruko mengumumkan yang dia akan mengambil kekkei genkai yang terakhir di kampung konoha untuk menjadi ninja tiada tandingan. Kekkei genkai yang terakhir yang dimaksudkan adalah mata Sharingan milik Kakashi-sensei.

Hiruko sebenarnya memerlukan pada masa yang tertentu untuk mengambil alih kekkei genkai ke dalam badan dia, iaitu dia memerlukan gerhana matahari untuk melengkapkan ninjutsu dia. Hiruko amat memerlukan mata Sharingan milik Kakashi-sensei dan dia sanggup buat apa saja demi mencapai matlamat dia. Dalam kesuntukkan masa, Naruto dan Sakura bergegas pergi mengekori dan menyelamatkan Kakashi-sensei. Oleh sebab tindakan Naruto dan Sakura, Hokage Tsunade telah mengarahkan Shikamaru mengumpul sekumpulan ninja untuk memburu dan membawa Naruto dan Sakura balik. Shikamaru mengkumpulkan semua ninja satu kelas dengan dia, Naruto dan Sakura. Manakala Sai secara senyap-senyap mengekori mereka dari belakang untuk menolong Naruto dan Sakura.

Naruto Shippuden Movie 3 nie patut ditonton kerana ianya berlainan dengan movie-movie naruto yang sebelum nie... selamat menonton....

Saturday, May 1, 2010

Special For Dragon Ball Fan...

Mungkin tak ramai yang mengetahui mengenai Movie Special nie. Boleh dikatakan ini adalah bahagian atau movie yang terakhir daripada siri Dragon Ball iaitu Dragon Ball GT : A Hero's Legacy.

Kisah ini bermula beberapa tahun kemudian selepas tamatnya peperangan Goku dalam siri Dragon Ball GT. Ini mengisahkan Cucu kepada Pan (Pan adalah cucu kepada SonGoku dan anak kepada SonGohan) yang bernama Goku Jr. Rupa dia macam SonGoku tapi dia tidaklah seaktif Goku yang suka berlatih seni pertahanan diri. Sebaliknya Goku Jr. nie lebih bersikap seperti budak-budak yang lain yang suka bemain dan bersekolah.

Suatu hari, Pan, nenek Goku Jr. jatuh sakit dan Pan juga satu-satunya ahli keluarga yang tinggal. Goku Jr. sangat sedih dan dia berjanji nak berlatih bersungguh-sungguh supaya menjadi hebat seperti SonGoku. Goku Jr. teringat kata-kata Pan yang menceritakan mengenai Dragon Ball. Goku Jr. nie bukan selemah seperti disangkakan, dia mewarisi kuasa sama seperti SonGohan, mempunyai kuasa dalaman yang terpendam dan hanya pada keadaan tertentu bru la Goku Jr. tersedar dan dapat gunakan kuasa tersebut.

Bawah nie adalah video Dragon Ball GT: A Hero's Legacy... susah payah joe mengorek dalam internet dan akhirnya bru Joe dapat download.

video